Tuesday, July 05, 2011

Doa yang terbaik

Apakah doa yang terbaik bagi diri kita dan orang di sekeliling kita?

Doa yang terbaik ialah mendoakan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat untuk diri sendiri, ibu bapa kita, keluarga kita, anak2 kita dan tak lupa seluruh umat Islam termasuklah kenalan2 kita yang masih hidup atau yg sudah meninggal dunia...

Di samping berdoa, kita haruslah berusaha untuk meletakkan diri kita dlm keadaan yg baik..iaitu...kalau kita ingin menjadi ahli syurga, hendaklah kita berusaha berkelakuan seperti ahli syurga...

Manusia dilahirkan lemah. Adakalanya iman kita akan mengalami pasang surut. Allah yang Maha Mengetahui kenal benar diri kita dan diujiNya ke atas kita. Oleh itu, betapa berdosanya kita, adalah wajib untuk kita memohon keampunan daripadaNya. Marilah kita memohon keampunan drpdNya dan tidak sombong untuk berubah kpd yang lebih baik.

Adakah hati kita sekeras batu hanya kerana tidak redha dengan nasib kita yg telah ditentukan Allah? Allah tidak pernah mengongkong kita. Kitalah sendiri yang perlu mengubah nasib sendiri. Jgn salahkan nasib kalau kita tidak berusaha...! Berusahalah kerana setiap kejadian itu ada hikmah yang tersembunyi dan Allah tahu apa yg paling terbaik utk kita! Gambatte!

No comments: