Tuesday, July 05, 2011

Doa yang terbaik

Apakah doa yang terbaik bagi diri kita dan orang di sekeliling kita?

Doa yang terbaik ialah mendoakan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat untuk diri sendiri, ibu bapa kita, keluarga kita, anak2 kita dan tak lupa seluruh umat Islam termasuklah kenalan2 kita yang masih hidup atau yg sudah meninggal dunia...

Di samping berdoa, kita haruslah berusaha untuk meletakkan diri kita dlm keadaan yg baik..iaitu...kalau kita ingin menjadi ahli syurga, hendaklah kita berusaha berkelakuan seperti ahli syurga...

Manusia dilahirkan lemah. Adakalanya iman kita akan mengalami pasang surut. Allah yang Maha Mengetahui kenal benar diri kita dan diujiNya ke atas kita. Oleh itu, betapa berdosanya kita, adalah wajib untuk kita memohon keampunan daripadaNya. Marilah kita memohon keampunan drpdNya dan tidak sombong untuk berubah kpd yang lebih baik.

Adakah hati kita sekeras batu hanya kerana tidak redha dengan nasib kita yg telah ditentukan Allah? Allah tidak pernah mengongkong kita. Kitalah sendiri yang perlu mengubah nasib sendiri. Jgn salahkan nasib kalau kita tidak berusaha...! Berusahalah kerana setiap kejadian itu ada hikmah yang tersembunyi dan Allah tahu apa yg paling terbaik utk kita! Gambatte!

Monday, April 19, 2010

Pernah tak rasa macam nak terbang?

Selama ni kalau kita nak naik ke udara..kita akan lompat, betul tak?

Kalau kita nak fly, kita naik kapal terbang..naik belon panas ke...naik jet :D tapi still duduk dlm kenderaan gak...

Kalau tengok magician, depa boleh mengapungkan diri...tapi tak lama...sekejap je...

Kalau nak terbang yang betul2, meh tgk gambar ni... alangkah bestnye kalau kita boleh dibuat begitu lagi :D

Meh terbang

Tuesday, July 28, 2009

One step ahead

Bila kita dah buat satu keputusan, kita kadang2 terpikir, betul ke apa yg aku buat ni?

Tapi dlm membuat satu keputusan, itulah yang terbaik. Sama ada gagal atau berjaya, itulah keputusan yang terbaik yang kita buat. Kalau kita tak buat, kita tak tahu sama ada kita akan gagal atau berjaya....

"It is better to decide and make a mistake, than not to decide. There is always time to turn back" Nando Parrado.

Berpatah balik bukannya bermaksud kembali ke masa silam, tetapi kembali ke jalan yang asal dan mulakan perjalanan yang baru sekali lagi...

Bukannya bongkak utk mengatakan kita berani bertindak, tetapi sebaiknya ialah kita bertawakal utk memulakan tindakan dgn harapan Allah membantu kita.

Always look the picture as a whole, not on a certain portion. Rasa terperangkap bukannya bermaksud kita buntu selamanya. Kembalilah ke jalan Allah, insya-Allah Allah akan tunjukkan hidayah-Nya. Bila kita sedar kita silap, sebaiknya bertaubat dan redha dgn ketentuan Allah.Seperti kata orang yang alim, redha menunjukkan kita terima Allah sebagai tuhan kita 100%. Sebab itu aku takut bila orang lain memperlekehkan perkataan 'Redha', adakah mereka menolak ketentuan Allah? Redha tidak bermaksud terima kenyataan dan berdiam diri sahaja. Allah tegaskan kita patut berikhtiar.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Are you happy?

Friday, March 27, 2009

Nak jumpa Muallij ke Dukun? Muallij tu apa?

Berdamping dengan orang yang soleh banyak rahmatnya.....Kalau tak bertemu dgn mereka, mungkin ilmu setakat sungai yg cetek saja...

Pertemuan dgn Ustaz Mohktar di Darul Syifa telah membuatkan saya belajar ttg rawatan santau. Ini kerana saya mengalami batuk yg tak baik2 selama berbulan2. Alhamdulillah, dah byk baiknya walaupun mengambil masa...Penyakit dtg macam ribut, tapi nak baik merangkak macam siput/semut..lebih kurang gitulah gamaknya...masa inilah saya belajar ayat2 yang dianjurkan utk dibaca (boleh rujuk di website darul syifa)...dan seterusnya saya belajar daripada Ustazah Rohana dari Bdr Baru Bangi utk amalan membaca ayat2 manzil. Lebih kurang sama macam matsurat tapi lebih khusus kerana ada ayat2 syifa dan munjiyat sekali.

Membaca ayat2 Al-quran tetapi tanpa penghayatan mmg lain rasanya berbanding bila kita berilmu ttg ayat2 tersebut dan kita amalkannya. Orang kata kalau sakit, baca je la ayat Qursi. Tapi orang yang tak pernah sakit tak tahu yang amalan sebegitu baca sekali je tak cukup. Kalau nak mencapai tahap baca sekali je dah mencukupi...byk amalan yang kena dibuat sebelum itu. Bukan setakat baca, bagaimana nak pagar diri pun ada cara2nya. Allah mmg nak menduga kita sbb Allah nak kita beramal dgnnya lebih ikhlas lagi.

Orang kata, jgn dilayan sgt kalau sakit disebabkan gangguan. Tetapi sebenarnya, jgn dipandang rendah. Allah duga ada sebabnya. Kalau tak berusaha, boleh melarat kerana ianya akan mengganggu jiwa dan akal kita(Al-Falaq dan An-Nas). Silap2, boleh berlaku kematian, atau lumpuh, atau penceraian dan macam2 lagi(rujuk kisah Nabi Ayub, Harut dan Marut, etc) Sebaiknya, bila berubat, jgnlah berjumpa dgn tuk dukun atau bomoh. Ini kerana mereka berdamping dgn jin. Lagi pun, amalan 40 hari kita hangus begitu saja kalau jumpa mereka. Satu lagi, baik pun sekejap je. Lepas tu sakit balik. Sama ada nak percaya atau tidak, terpulanglah...

Muallij tu apa atau siapa? Mereka ni ialah perawat Islam yang menggunakan kaedah rawatan Islam.

Perasaan nak berjumpa dgn dukun berbanding dgn muallij, mesti ramai yang lebih berat berjumpa dgn dukun. Berkemungkinan rasa ralat pula nak jumpa muallij. Biasalah, nak buat baik mmg berat. Nak2, jin dlm badan memang kecut perut jumpa muallij. Saya sendiri pernah rasa nak patah balik rumah walhal dah hampir sampai ke tempat rawatan (Masa kes berubat dgn Arwah Ust Ismail bin Mahmud). Rasa sakit perut la, nak muntah la...semuanya ada sbb ralat sgt nak jumpa. So, kena la ada supporter yg boleh paksa kita pi jumpa muallij. Selalunya famili kita yg bantu - hubby or parents or sedara mara or friends yg rapat.

Kalau dulu nak cari tempat rawatan Islam mmg susah sbb ramai yang tak tahu. Tapi sekarang ni Alhamdulillah, dah banyak kemudahan...para Muallij pun byk berinfo melalui blog mereka, antaranya Ridam, Akrine, Tiaf dan macam2 lagi.

Satu soalan yang mungkin timbul ialah, boleh sembuhkah setelah berubat dengan mereka? Jawapannya, BiizniLLah - dengan izin Alah. Bila Allah dah tetapkan kita bertemu jodoh dgn penawarnya, maka kita kena bersabar dlm pulihkan diri sendiri. Jgn sangka berjumpa dgn muallij dah mencukupi utk sembuh, tetapi amalan diri juga yang penting, kerana Nur di jiwa kita yang menjadikan kita kebal dari sebarang gangguan dan utk ketentuan itu, hanya Allah dan diri kita sahaja yang tahu sama ada layak atau tidak.

Kalau ada kenalan yang sakit, nasihatilah mereka yang sepatutnya. Jgn biarkan mereka terkontang kanting menghadapi sendirian. Kebanyakan mereka yang sakit, kita akan rasa benci apabila melihat mereka dan menyisihkan mereka. Ini adalah angkara gangguan yg buat mereka jadi begitu. Disebabkan kita dah tahu ikhtiarnya, jgnlah kedekut ilmu atau pendam. Bimbingla mereka utk berubat dgn sewajarnya.

Wakaru?

Lamanya tak bercerita

Lama betul tak berupdate.....macam2 yang dah berlaku...siap tambah facebook lagi, tapi tak buat apa2 sgt pun...add friends jer...

Dah resign dari TM...lebih kurang dah setengah tahun...and baru je inform parents pasal resign dari TM..bukannya nak menipu, tapi nak bagi diri betul2 rasa bersedia utk inform ...sbb sblm ni parents tentang abis2an bila bagitau niat nak resign...keje sendiri...alhamdulillah, rezki masih belum putus lagi...

Naib baik resign tepat pada masanya. Sbbnya, TM sibuk buat restructuring lagi. Bila dgr drpd hubby ttg situation TM skrg ni, rasa lega bila buat decision yg betul. Fikiran pun makin tenang walaupun pening melayan kerenah anak2...seronok dpt spend a lot of time with them. Tak perlu lagi balik lambat, tak perlu lagi siapkan proposal, tak perlu lagi outstation and etc....

Wednesday, September 26, 2007

Sekali sekala



Sekali sekala aku update blog ni, sampai org pun penat tunggu ...Si Mazlin ni dah update ke belom....belom lagi gamaknya...

Bukannya aku dah bosan, tapi kekadang sibuk dgn apa-apa ntah, life goes on la katakan... pagi ni aku cuba masuk friendster, tapi TM dah block website, apsal ntah...takpelah...tgk yahoo mail pulak slow gila...last2 hang pulak

Semalam tanam pokok lagi, sebab masa outstation ke lumut, sempat la beli pasu bunga dgn pokok....quite murahla jugakk...rasa2nya, ada hobi kat pokok lak...paling senang tanam pokok bunga kertas...itu mmg confirm berbunga kalau rajin letak baja...tapi rasa2 macam nak buat landscape lak, so, kalau sesapa yg nak sponsor, dipersilakan...
heheh

sebenarnya, pokok2 kita ni, mmg bernyawa...jadi, kalau kita selalu belai, mmg naik syok depa nih...terus menerus berbunga...begitula dgn manusia...kalau kita berkasih sayang especially dgn famili, insya-Allah, kita akan berbahgia selalu.. walaupun pelbagai dugaan yg melanda, tapi kalau kita ikut jalan Allah, Insya-Allah, Allah akan pimpin kita, ini bukannya bermakna yg kita selalu buat betul...sebagai manusia, walau sebesar mana iman kita, kadang2 kita akan alpa dan buat dosa..sama ada kita sedar atau tidak...sebab itu kita kena sentiasa bertaubat dan beristiqamah dlm beribadat...

Manusia mmg selalu membuat kezaliman, sama ada zalim pada diri sendiri atau pada org lain...sbb itu kita kena selalu berdoa utk mengelakkan kezaliman.. Kdg2 kita selalu marah kalau ada org ganggu kita sama ada secara halus atau kasar, very annoying... tapi, kalau mmg benar org itu berniat utk menghancurkan hidup kita, kita kena redha dan berserah kpd Allah.. kita selalu tertanya, bila lah org ni tak henti kacau, Allah mmg mentakdirkan, sesiapa yg ada sifat mazmumah sama ada sifat hasad dan dengki, akan Allah tambahkan sakit hati dia... jadi, sebab itu depa tak serik nak buat dajal sbb tak dpt hidayah dari Allah..unless kita buat sesuatu... ada 2 pilihan yg kita boleh pilih, balas buat jahat atau buat baik kpd org tersebut

Kita akan jadik sebijik sebijun mcm org tu kalau kita pilih utk balas buat jahat kpd org tu...2 x 5... itu namanya kita bukan hanya menzalimi org itu juga tapi diri sendiri juga...yelah...sbb kita buat dosa sendiri...buat dosa kering je...

Kita hendaklah berusaha mendapatkan tempat di hati Allah agar Allah menyayangi kita dan pada masa yg sama, mendoakan org yg menzalimi kita agar berhenti menganggu dan mendapat hidayah dariNya... sound ridiculous kan kalau kita dah benci sgt dgn what they had done to us...manakan mungkin kita doakan yg terbaik utk depa... Mmg benar Nabi Muhamad tu sebaik2 manusia, kita nak ikut macam dia jadik pengampun umat pun rasa ralat sgt.... jenuh nak tolong doakan... foohhh.. selalunya, kita rajin doakan utk parents and famili kita utk yg terbaik...inikan pula nak doakan utk org yg benci kita...

Ya Allah...berikanlah daku kekuatan... Aku tak kisah, lantakla apa korang nak kata... mmg aku ada buat silap..tapi Alhamdulillah...aku dah sedar... mati pun sorang2..ye tak

the hell with what people are saying...

Thursday, June 28, 2007

Erti keredhaan

Hari ni 28 June 2007 dlm bersejarah kerana aku telah kembali semula ke dalam TM di SIU (previously known as Business Solution - div lama aku)...so, macam kira buat comeback lagi ni... Rasa malu masih menebal nak jumpa GM sbb kalau boleh sblm ni tak nak masuk balik...tapi disebabkan ada isu kronism yg berlaku didlm channel, so aku mengundurkan diri drpd channel dan melilau mencari tempat kosong dlm TM - dan yg sadisnya aku rasa aku paling selesa kalau dpt masuk di SIU....berbanding masuk tempat lain - Sales Engineer yg bz gile melayan kerenah customer....

Bila time waktu masa restructuring ni la aku set dlm kepala utk redha menerima apa segala jenis surat utk aku dicampakkan ke mana mana... Jadik bila aku dpt surat pertama utk jadi Channel Mgr di PTT KL, aku rasa lapang dada sbb aku yakin aku boleh...dah macam2 plan aku nak buat....tapi ada satu hal yg tak menarik bila GM Channel tersebut hendak pull out nama aku...aku rasa aku telah diburuk2kan oleh somebody sampai GM tersebut berniat kalau aku tak dpt dikeluarkan, dia hendak aku report kpd staff bawah aku yg mana dia nak promotekan minah staff aku tu utk jadi mgr lak.... aku rasa sedih gile bila dah dpt rezki kat situ tapi ditarik balik...aku redha dgr news mcm tu so, aku pun BERUSAHA mencari tempat lain....kalau org lain tanya kenapa keluar, aku pun cakap yg aku tak nak tahan rezki org yg nak naik pangkat...padahal kronism....

Aku mmg dah pasrah bila setiap kali aku approach div lain, semua sibuk nak naikkan exec diaorg jadi mgr...jadi aku berserah...tapi satu perkara yg aku tak sangka ialah akhirnya doa aku dimakbulkan dan akhirnya aku diterima juga...disinilah rezeki ku...di TM SIU...

Aku tahu, org yg tak puas hati dan dengki akan sentiasa dengki, tapi biaq pi la....org yg berdendam takkan rasa puas hati walaupun niat depa tercapai walau sekelumit...kalau boleh depa nak kita down gila2....tapi apa aku peduli...aku tak kaco pun dah cukup bagus.... kita buat keje pun dia sibuk cite kat org yg kita ni lazy....sampai org yg aku liase masa keje pun tak caya apa yg dia cakap sbb depa kenal aku...itula nasib kalau org buat fitnah...kalau nak ngelakkan fitnah...bacalah surah kahfi utk mengelakkan dajjal dunia...

So, gitula nasib orang2 di TM gara2 restructuring / realignment konon2nya...kenala redha dgn post sekarang ni...ahaks

Thursday, November 23, 2006

Knock out

Hari ni mmg dalam sejarah...first time aku dgr bapak aku berleter..mmg dia selalu berleter, tapi kali ni lagi lama berleter...apataknya...dia risaukan aku..

Aku sedar dah lama tak tulis dlm blog...aku pun tak tau kenapa..tetiba lost interest... and suddenly, hari ni aku take time utk tenangkan fikiran...baca gosip kat cari forum, tgk Fotopages...then aku tergerak utk tulis blog yg aku dah lama tinggalkan...

Somebody really don't like me and try to knock me out..hemm...yg pedihnya.. siap berkomplot ngan 'awek' dia utk knock me out...pakai ilmu hitam...walaupun usaha dia tak berjaya...tapi still, sedikit sebanyak...aku terasa the danger dan serangan bertubi2...mmg aku skrg tgh kuatkan semangat aku utk terus berjuang..utk terus hidup...sblm ni, aku selalu terpikir lagu...'Semangat yg Hilang'...pernah juga tergerak utk resign...but then..what the hack...I'm good with my job... biarlah apa org lain pikir...asalkan aku dpt survive utk sara hidup aku ngan family... yg penting, aku niat ikhlas utk dpt gaji yg halal dan berkat...

Sekarang ni cuba utk mendalami keberkatan ayat Al-Quran...bagaimana utk amalkan dgn betul..sbb selama ni kita baca tapi baca sahaja...tak tahu macam mana nak amalkan..
Aku pernah baca ayat Haikal 7 di tempat yg 'keras' -> opis aku. Jin2 sekeling marah dan mengamuk dekat aku..terasa bende2 tu menekan...selepas ulang 7 kali, yg last aku baca yasin...kira ok skit sekeliling ku...rasa macam org bodoh pula sibuk baca ayat quran di opis...ke sbb kita dihasut oleh syaitan yg mmg tak suka kita beramal?

Alhamdulillah, selepas amalkan ayat2 quran, hidup semakin ok, aku dah tak selalu resah, tak mimpi yg horror, tak marah2 anak, tak sakit kepala, dan tak bodoh/bengap..mangkuk ayun org tu...kita kerja utk kebaikan bersama tapi nak knock out kita lak...bangang ke apa...macam mana bole rasa tergugat ngan aku sdgkan aku kuli batak je... ini antara bos2 bodoh yg takut ngan anak buah sendiri...hahaha